Followers

Tuesday, October 29, 2013

Tangan Yang Menerima

Siapalah kita hendak menidakkan kuasa Allah Yang Maha Esa..Bergilir suka dan duka seolah sudah sebati menjadi adunan resepi kehidupan..

Bukan menolak dan tidak juga meminta, ketentuan itu datangnya dari Allah..Maka didiklah hati dengan redha cinta Allah, bila belum masanya zahirkan apa yang terbuku di sanubari maka bajailah ia dengan zikrullah..


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah taqdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Yaasin: 38)

Thursday, October 3, 2013

Rindu


Biar tak dapat jumpa kerana hukum Allah, andai bahagia yang akan kita kecapi di kemudian hari..Biar tidak dapat berbicara kerana syariat Islam, andai pergaulan halal di sisi agama ini suatu masa nanti..

“Dan janganlah kalian mendekati setiap perbuatan zina, karena sesungguhnya perbuatan zina adalah perbuatan yang keji dan jalan yang teramat buruk.” (Al-Isra: 32)


Kadang2 kita sendiri tak sedari, dari sehari ke sehari kita sudah melangkaui syariat-syariat Islam..dari perkara kecil yang kita pandang remeh menjadi tabiat seharian..

Kita anngap mudah dengan menghantar pesanan ringkas, kita fikir ianya sebagai alternatif lain untuk berbicara selain bersemuka..Ya! Kita fikir kita sudah menjauhi zina..tapi zina hati semakin lama semakin bernanah di qalbu..Allahu rabbi!

Semoga Allah sentiasa memelihara hati-hati kita..Allahumma Aminnn =)





Tuesday, October 1, 2013

Sakit itu Kafarah Dosa


Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita mahu adalah sihat.
Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit membuatkan kita beringat.
Kadangkala kita akan terfikir, apakah yang telah kita lakukan atas tubuh kita yang sihat sebelum ini? Kadangkala kita akan teringat, perbuatan-perbuatan kita yang tidak sepatutnya kita buat semasa kita sihat.

Ada pepatah berkata:
“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”