Followers

Thursday, December 12, 2013

Kamu Adalah Apa Yang Kamu Lakukan


Hari-hari berjalan seperti biasa
Ibarat putaran Matahari dan Bulan menemani Bumi
Malam bertukar siang..begitu jua sebaliknya..

Disaster come and go..
Such like a problem come like a visitor..

Siapa yang tahu?
Bila?
Kenapa?
Dan mungkin mengapa?

'"Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa."
(HR. Bukhari)

Sungguh peritnya menghadapi ujian itu..malah kadang2 aku terfikir..sudah parah kah keadaan hati ini.. 
Ku biarkan sakit itu berlalu dengan sepi..
Ya!
Mungkin dengan cara itu kesakitan itu dilupakan..

Jangan mengeluh andai kita antara berjuta yang merasai ujian itu
Sesungguhnya ujian itu pengikat antara kita dengan Allah..

"Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya "( Surah Al-Baqarah 286)

Berusahalah dan..
YAKIN ALLAH akan membantumu..
Kerana

Allah berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah Al-Insyirah : 6)










Sunday, December 8, 2013

Cinta Menurut Surah Al-Imran Ayat 14

Cinta menurut banyak pandangan manusia adalah menjadi kesukaan seseorang itu

Pertama, perasaan sukakan seseorang diiringi syahwat. Fitrah bagi insan biasa

Kedua, kesukaan ayah dan ibunya kepada anak lelaki mereka cth anak lelaki mereka berjaya membeli sebuah kereta dan menjadi topik perbualan hangat bersama teman-teman.

Ketiga, kesukaan bagi para wanita terhadap barang perhiasan seperti baju, barangan kemas dan koleksi barangan rumah.

Keempat, Allah menyebut manusia menyukai kuda-kuda yang bertanda yang bermaksud kenderaan yang berjenama.

Kelima, Allah menyatakan sifat manusia yang gemarkan haiwan ternakan serta kebun-kebun. Di dalam surah An- Nahl ayat 5-8 ada menyebut mengenai haiwan ternakan yang menjadi sumber makanan, pakaian, manfaat serta  mampu memberikan ketenangan jiwa.


Kelima-lima kesukaan manusia telah Allah sebutkan di dalam Al-Quran.. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah menjadi kesenangan dunia..

SIFAT DUNIA HANYALAH SEMENTARA SEDANGKAN DISISI ALLAH KEKAL SELAMANYA


Thursday, December 5, 2013

Kawal Perasaan Tu!

Awak gembira??
Alhamdulillah...
Kenapa??
Awak tahu tak siapa sebenarnya yang bagi kegembiraan tu??
Si Dia lah...
Awak silap lah..SALAH!!!
Saya tengah gembira kerana Si Dia..Kenapa tak percaya??
Awak SALAH!!!
Saya tak faham dengan awak ni!!! (nada marah)
Kerana ALLAH, itu yang sepatutnya!!!


Saya tak faham lah awak
Saya tahu sepanjang mengenali dia awak sangat gembira..betul tak?
Betul..tapiiiiii
Kenapa ada tapi???
Kenapa awak kata kegembiraan saya kerana Allah???
Sebab DIA yang memberikan kegembiraan tu pada awak, tanpa izinNYA kita tak berhak merasai kegembiraan itu..
Maafkan saya..saya terlupa nikmat Allah yang sebenar

Eh,eh saya tak kata awak salah..tapi saya tengok awak..selalu tersenyum sorang-sorang depan komputer..lagi-lagi awak tengah tunggu 'instant message' si dia..
Maksud awak???
Sudah lama saya tak tengok kawan saya senyum semanis ni bila ber'dating' dengan DIA
(................) sambil menundukkan wajah

Awak dengar ni saya baca, Allah berfirman di dalam Surah Al-Imran ayat 14 yang bermaksud "Dihiaskan dan dijadikan indah kepada manusia : kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak , harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak , kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.Semuanya ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya iaitu syurga"


Lebih indah andai nikmat yang terbentang di depan mata itu di hargai sebenarnya, perasaan itu fitrah, cinta itu fitrah..
tapi sayang, awak tak berikan senyuman semanis itu bila bersamaNYA
Siapa kata manusia itu tidak punya perasaan?
Macam zombie lah kan.. :D
Tidak akan terciptanya manusia yang beranak-pinak di atas muka bumi ini andai Allah tidak ciptakan Adam dan Hawa tanpa perasaan..
Yakin!!!
cuma apa salahnya kita overload kan perasaan sayang,kasih, cinta
hanya pada Yang Maha Esa..

Janji Allah itu PASTI!!