Followers

Thursday, December 5, 2013

Kawal Perasaan Tu!

Awak gembira??
Alhamdulillah...
Kenapa??
Awak tahu tak siapa sebenarnya yang bagi kegembiraan tu??
Si Dia lah...
Awak silap lah..SALAH!!!
Saya tengah gembira kerana Si Dia..Kenapa tak percaya??
Awak SALAH!!!
Saya tak faham dengan awak ni!!! (nada marah)
Kerana ALLAH, itu yang sepatutnya!!!


Saya tak faham lah awak
Saya tahu sepanjang mengenali dia awak sangat gembira..betul tak?
Betul..tapiiiiii
Kenapa ada tapi???
Kenapa awak kata kegembiraan saya kerana Allah???
Sebab DIA yang memberikan kegembiraan tu pada awak, tanpa izinNYA kita tak berhak merasai kegembiraan itu..
Maafkan saya..saya terlupa nikmat Allah yang sebenar

Eh,eh saya tak kata awak salah..tapi saya tengok awak..selalu tersenyum sorang-sorang depan komputer..lagi-lagi awak tengah tunggu 'instant message' si dia..
Maksud awak???
Sudah lama saya tak tengok kawan saya senyum semanis ni bila ber'dating' dengan DIA
(................) sambil menundukkan wajah

Awak dengar ni saya baca, Allah berfirman di dalam Surah Al-Imran ayat 14 yang bermaksud "Dihiaskan dan dijadikan indah kepada manusia : kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak , harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak , kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.Semuanya ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya iaitu syurga"


Lebih indah andai nikmat yang terbentang di depan mata itu di hargai sebenarnya, perasaan itu fitrah, cinta itu fitrah..
tapi sayang, awak tak berikan senyuman semanis itu bila bersamaNYA
Siapa kata manusia itu tidak punya perasaan?
Macam zombie lah kan.. :D
Tidak akan terciptanya manusia yang beranak-pinak di atas muka bumi ini andai Allah tidak ciptakan Adam dan Hawa tanpa perasaan..
Yakin!!!
cuma apa salahnya kita overload kan perasaan sayang,kasih, cinta
hanya pada Yang Maha Esa..

Janji Allah itu PASTI!!





No comments:

Post a Comment