Followers

Thursday, December 12, 2013

Kamu Adalah Apa Yang Kamu Lakukan


Hari-hari berjalan seperti biasa
Ibarat putaran Matahari dan Bulan menemani Bumi
Malam bertukar siang..begitu jua sebaliknya..

Disaster come and go..
Such like a problem come like a visitor..

Siapa yang tahu?
Bila?
Kenapa?
Dan mungkin mengapa?

'"Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa."
(HR. Bukhari)

Sungguh peritnya menghadapi ujian itu..malah kadang2 aku terfikir..sudah parah kah keadaan hati ini.. 
Ku biarkan sakit itu berlalu dengan sepi..
Ya!
Mungkin dengan cara itu kesakitan itu dilupakan..

Jangan mengeluh andai kita antara berjuta yang merasai ujian itu
Sesungguhnya ujian itu pengikat antara kita dengan Allah..

"Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya "( Surah Al-Baqarah 286)

Berusahalah dan..
YAKIN ALLAH akan membantumu..
Kerana

Allah berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah Al-Insyirah : 6)










Sunday, December 8, 2013

Cinta Menurut Surah Al-Imran Ayat 14

Cinta menurut banyak pandangan manusia adalah menjadi kesukaan seseorang itu

Pertama, perasaan sukakan seseorang diiringi syahwat. Fitrah bagi insan biasa

Kedua, kesukaan ayah dan ibunya kepada anak lelaki mereka cth anak lelaki mereka berjaya membeli sebuah kereta dan menjadi topik perbualan hangat bersama teman-teman.

Ketiga, kesukaan bagi para wanita terhadap barang perhiasan seperti baju, barangan kemas dan koleksi barangan rumah.

Keempat, Allah menyebut manusia menyukai kuda-kuda yang bertanda yang bermaksud kenderaan yang berjenama.

Kelima, Allah menyatakan sifat manusia yang gemarkan haiwan ternakan serta kebun-kebun. Di dalam surah An- Nahl ayat 5-8 ada menyebut mengenai haiwan ternakan yang menjadi sumber makanan, pakaian, manfaat serta  mampu memberikan ketenangan jiwa.


Kelima-lima kesukaan manusia telah Allah sebutkan di dalam Al-Quran.. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah menjadi kesenangan dunia..

SIFAT DUNIA HANYALAH SEMENTARA SEDANGKAN DISISI ALLAH KEKAL SELAMANYA


Thursday, December 5, 2013

Kawal Perasaan Tu!

Awak gembira??
Alhamdulillah...
Kenapa??
Awak tahu tak siapa sebenarnya yang bagi kegembiraan tu??
Si Dia lah...
Awak silap lah..SALAH!!!
Saya tengah gembira kerana Si Dia..Kenapa tak percaya??
Awak SALAH!!!
Saya tak faham dengan awak ni!!! (nada marah)
Kerana ALLAH, itu yang sepatutnya!!!


Saya tak faham lah awak
Saya tahu sepanjang mengenali dia awak sangat gembira..betul tak?
Betul..tapiiiiii
Kenapa ada tapi???
Kenapa awak kata kegembiraan saya kerana Allah???
Sebab DIA yang memberikan kegembiraan tu pada awak, tanpa izinNYA kita tak berhak merasai kegembiraan itu..
Maafkan saya..saya terlupa nikmat Allah yang sebenar

Eh,eh saya tak kata awak salah..tapi saya tengok awak..selalu tersenyum sorang-sorang depan komputer..lagi-lagi awak tengah tunggu 'instant message' si dia..
Maksud awak???
Sudah lama saya tak tengok kawan saya senyum semanis ni bila ber'dating' dengan DIA
(................) sambil menundukkan wajah

Awak dengar ni saya baca, Allah berfirman di dalam Surah Al-Imran ayat 14 yang bermaksud "Dihiaskan dan dijadikan indah kepada manusia : kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak , harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak , kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.Semuanya ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya iaitu syurga"


Lebih indah andai nikmat yang terbentang di depan mata itu di hargai sebenarnya, perasaan itu fitrah, cinta itu fitrah..
tapi sayang, awak tak berikan senyuman semanis itu bila bersamaNYA
Siapa kata manusia itu tidak punya perasaan?
Macam zombie lah kan.. :D
Tidak akan terciptanya manusia yang beranak-pinak di atas muka bumi ini andai Allah tidak ciptakan Adam dan Hawa tanpa perasaan..
Yakin!!!
cuma apa salahnya kita overload kan perasaan sayang,kasih, cinta
hanya pada Yang Maha Esa..

Janji Allah itu PASTI!!





Saturday, November 30, 2013

Diam Itu Lebih Mudah Dari Berkata-kata

"Kau dengan sape?" 
"Aku?" " Aku dengan tuuut...hari-hari kami ber'im'.."
"Kau pulak dengan sape?" 
"Aku dengan Si Polan tu..dia kan satu kelas dengan aku..in sha allah suatu hari nanti kami akan jadi satu usrah"

"Pergh..asyik kita berdua je beria-ia..Ko pulak ape cerita?"
"Eh lupa pulak..ko kan ada 'ramai'..#diiringi gelak tawa
Aku : hanya senyum dan tidak berkata apa-apa

Kadang-kadang sudah banyak kali aku mencuba, pekak kan telinga..tetapi apa yang membuatkan aku menjadi KUAT..Allah!!!

Kerana aku yakin Allah punya sebab atas apa yang DIA rencanakan!

Kenapa??

Kerana aku yakin DUGAAN yang ENGKAU berikan kerana sayang kan hambaMU


(errr abaikan..mood MARITIMERS tetiba mai :D)

"Ramai" yang datang bukan aku yang pinta..
"Ramai" yang mendekati bukan aku tagihkan..
"Ramai" yang mengintai bukan aku tawarkan..

Manusia mudah sangat menduga..malah atas dasar keramahan, ia dianggap satu kecuaian..

"Tu lah ko, aku da pesan dulu..jangan baik sangat"
"Kan da kena, tak makan saman lah"
"Padan muka ko!"

Dan bukan aku yang mengerakkan bibir-bibir mereka, bukan aku yang mengerakkan hati-hati mereka dan bukan aku...

Bukan aku yang minta dibicarakan seperti itu..

Hati ibarat kaca yang harus di bela dengan cermat..

Jika cuai menjaganya, maka pecahlah kaca tersebut..
Jika cermat menjaganya, maka terbelalah kekilauan nya..

Hati bukan untuk dicuba-cuba, bila terpaut tiada jalan kembali..Biarkan ia terpaut pada yang HALAL


#semoga Allah redha dengan apa yang kita lakukan Allahumma amin


Friday, November 15, 2013

Ukhuwah Islamiyah

Persahabatan kerana Islam itu boleh ditakrifkan luas konsepnya..malah jika kita kupas sehingga esok tidak akan habis inti patinya..Hakikat nikmat Allah itu merangkumi 4 aspek iaitu nikmat Allah, umpama tali tasbih yang diikat dengan taqwa, kehendak rabbani dan cermin kekuatan iman..


1) Surah Al-Imran (3:103)
'Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai,dan ingatlah akan nikmat Allah ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan maka Allah mempersatukan hati lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah,orang-orang yang bersaudara dan kamu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripadnya.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNYA kepadamu,agar kamu mendapat petunjuk'

2) Surah Az-Zukhruf (43:67)
'Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa'

3) Surah Al-Anfal (8:63)
'Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman).Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana'

4) Surah Al-Hujurat (49:10)
'Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat'

(info:SRD)



Tuesday, October 29, 2013

Tangan Yang Menerima

Siapalah kita hendak menidakkan kuasa Allah Yang Maha Esa..Bergilir suka dan duka seolah sudah sebati menjadi adunan resepi kehidupan..

Bukan menolak dan tidak juga meminta, ketentuan itu datangnya dari Allah..Maka didiklah hati dengan redha cinta Allah, bila belum masanya zahirkan apa yang terbuku di sanubari maka bajailah ia dengan zikrullah..


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah taqdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Yaasin: 38)

Thursday, October 3, 2013

Rindu


Biar tak dapat jumpa kerana hukum Allah, andai bahagia yang akan kita kecapi di kemudian hari..Biar tidak dapat berbicara kerana syariat Islam, andai pergaulan halal di sisi agama ini suatu masa nanti..

“Dan janganlah kalian mendekati setiap perbuatan zina, karena sesungguhnya perbuatan zina adalah perbuatan yang keji dan jalan yang teramat buruk.” (Al-Isra: 32)


Kadang2 kita sendiri tak sedari, dari sehari ke sehari kita sudah melangkaui syariat-syariat Islam..dari perkara kecil yang kita pandang remeh menjadi tabiat seharian..

Kita anngap mudah dengan menghantar pesanan ringkas, kita fikir ianya sebagai alternatif lain untuk berbicara selain bersemuka..Ya! Kita fikir kita sudah menjauhi zina..tapi zina hati semakin lama semakin bernanah di qalbu..Allahu rabbi!

Semoga Allah sentiasa memelihara hati-hati kita..Allahumma Aminnn =)





Tuesday, October 1, 2013

Sakit itu Kafarah Dosa


Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita mahu adalah sihat.
Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit membuatkan kita beringat.
Kadangkala kita akan terfikir, apakah yang telah kita lakukan atas tubuh kita yang sihat sebelum ini? Kadangkala kita akan teringat, perbuatan-perbuatan kita yang tidak sepatutnya kita buat semasa kita sihat.

Ada pepatah berkata:
“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:
“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”


Monday, September 30, 2013

Selamat Tinggal Cinta

Dingin nya bayu malam ini membawa seribu kedinginan di lubuk hati ku ini..Sinaran yang menerangi tidak lagi berada di sisi..Kerana  cahaya yang abadi telah ku temui..


Cinta, biarkan ia bebas bak burung terbang bebas pada awan biru..Cinta tidak perlu ada batasannya..malah pandanglah ia dari sudut dan perspektif yang berbeza..cinta itu boleh banyak dizahirkan ke dalam banyak bentuk..

Tidak hanya spesifik kepada cinta manusia malah cinta Illahi yang kita kejar..

Biarlah kunikmati nafas cintaku
lewat desahan detak tasbih
bersenandung dalam mihrab sang maha CINTA






Sunday, September 29, 2013

Walau Sementara Mengecap Nikmat Bahagia


Sungguh kaget aku dibuatnya..Bukan meminta menerima TAKDIR yang sebegini..Bukan meminta untuk mengenangnya sehingga ke akhirnya..dan bukan pula menyesuaikan 'ia' dengan diriku yang lemah ini

Jalan yang ku lalui DIA Yang Maha Esa telah merancangnya..Namun aku harus bijak mengatur langkah meskipun onak dan duri bakal ku tempuhi..

Fi Hifzillah..semoga kamu sentiasa didalam rahmat Allah..tidak ku mendoakan yang tidak baik-baik untuk kamu, malah yang terbaik buatmu..Janji yang kamu katakan tidak lagi serasi dengan benak hatiku..Semoga Allah pertemukan kamu dengan yang terbaik..Jodoh Allah yang terbaik =)

Tuesday, September 24, 2013

Bila Allah Memanggil Kembali Ke Jalan-NYA

 Langkah kaki yang di bina terasa kian rapuh menyembah bumi..awan yang dahulu ku pandang indah tidak lagi merembeskan warna-warna pelangi, pandangan yang ku lemparkan menjadi sepi tanpa suara..

Rasa kekosongan di dalam jiwa makin terselah menekan sanubari..seolah noda hitam makin melebar luas..dada sesak membungkam nafas yang perih..tanda hati sudah jauh pada Yang Maha Esa..Allahurabi!


Sehingga ku temu cahaya di tengah ibu kota..Bukan calang tempat ku berdiri..bukan calang tempat ku berteduh..dan bukan juga calang tempat ku menimba ilmu..Allah ketemukan diri ku dengan insan-insan yang hebat..

Moga Allah redhai perjalanan ini..