Followers

Friday, November 15, 2013

Ukhuwah Islamiyah

Persahabatan kerana Islam itu boleh ditakrifkan luas konsepnya..malah jika kita kupas sehingga esok tidak akan habis inti patinya..Hakikat nikmat Allah itu merangkumi 4 aspek iaitu nikmat Allah, umpama tali tasbih yang diikat dengan taqwa, kehendak rabbani dan cermin kekuatan iman..


1) Surah Al-Imran (3:103)
'Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai,dan ingatlah akan nikmat Allah ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan maka Allah mempersatukan hati lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah,orang-orang yang bersaudara dan kamu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripadnya.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNYA kepadamu,agar kamu mendapat petunjuk'

2) Surah Az-Zukhruf (43:67)
'Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa'

3) Surah Al-Anfal (8:63)
'Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman).Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana'

4) Surah Al-Hujurat (49:10)
'Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat'

(info:SRD)



No comments:

Post a Comment