Followers

Saturday, June 14, 2014

Pabila KAWAN menjadi LAWAN

Lautan manakah yang tidak dilanda ombak??
Inikan pula hubungan antara sahabat

Tidak terbinannya sebuah rumah tanpa pahatan yang kukuh
begitua jua persahabatan yang bisu tanpa kejujuran

Allah menduga aku yang lemah
Allah menduga aku yang lupa

Kadang lebih memihak duniawi
Sedangkan neraka yang membara galak menanti

Ya Allah, Sesungguhnya dugaan yang Engkau berikan ini sebagai petunjuk jalan aku di depan
Aku terima Ya Rabb

Jika jalan yang aku lalui kini salah sama sekali,
maka Engkau sedarkan aku dari lena yang panjang ini





Friday, April 18, 2014

Nota Hati


Kita berjumpa kerana takdir...
Kita berkawan kerana kasih sayang..
Kita bersama kerana hati...
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan...
Tapi yang penting, semuanya kerana...
Allah SWT

Friday, March 14, 2014

Rasa Malu


Pernah rasa bila someone minat kat kita? Yang dahulunya kita kawan rapat ngan dia. tapi tak sangka senyap-senyap dia menyimpan perasaan kat kita?

Haa korang mesti pernah kena kan..lama-lama dia semakin menjauhkan diri dari kita, kurang bercakap dengan kita.. Dengan alasan malu pada kita??

Alahai, awak yang saya hormati, lebih senang persahabatan itu tanpa disulam dengan perasaan cinta..kerana kemesraan yang dahulu akan semakin pudar..

mesra pun terbatas juga, bukan tidak amik kira soal hukum dalam agama Islam..Dan  keputusan kamu serahkan bulat-bulat pada yang berkenan

Sungguh buntu saat pertanyaan itu disuarakan..

Allahurabbi!
Sungguh kuat dugaanMu yang telah Engkau berikan..

Tuesday, February 25, 2014

Trying Mix and Match Picture Effect


Ni gambar dengan roomates, guna effect 'Pencil Colour'  and edit guna collage (boleh pilih design macam mana kita nak) kat Photo Scape. Seriusly, teruja lepas tengok effect dia :D


Gambar snapped dekat tasik KLCC ngn Syazwanee. Guna effect watercolour paint, kat pokok tu nampak amazing sangat effect dia. Then die nampak live lukisan, even just gambar je.


Venue : Kampung Banggol Peradong, Manir, Terengganu. Actually, masa ni gi lawat atuk, then gi kat tepi sawah tengok kandang lembu atouk. So apa lagi snap la gambar awan yang cantik terbentuk. Just edit increase dia punya sharpness. Nampak real!


Venue : UniSZA. Masa game Open Sirkit memanah kat sana tahun lepas.Nice shot, nice weather. Edit apps: Tukar ke crayon yang paling minimize : D




To be continued...


Sunday, February 23, 2014

Permulaan Langkah Seorang Pendosa (Part 2)


Amanat ku lihat menerusi alam maya, sungguh ianya begitu membuatkan diriku terpana akan alam yang menanti di sana.

Ku lihat diriku terbaring disana, dikelilingi bulatan manusia yang menunggu menyolatkan aku yang tidak lagi bernyawa.

Ibu, Ayah, Along, Adik..mengapa kamu semua masih bisa melihat aku disini? Mengapa kamu masih melihat ku disini?

Sedang jasadku kaku lesu terbaring di sana. Pandanglah! Itu aku, namun aku masih belum bersedia!!

Belum!

Diri yang masih belum aku persiapkan dengan bekalan ke alam sana..Sungguh aku takut!

Menanti para malaikat bernama Munkar dan Nakir yang bersedia dengan soalan-soalannya..

 Siapa Tuhanmu?
 Siapa Nabimu?
 Apa Agamamu?
 Siapa Imammu?
 Dimana Kiblatmu?
 Siapa Saudaramu?

Ya Rabb! Sungguh aku takut..Sungguh aku masih belum bersedia! 

Dan dua orang yang amat aku kenali itu, bangkit dan solat jenazah buatku..Sedang aku di sini menangis bercucuran air mata ibarat mutiatra yang telah terputus talinya.

Dan ayah memandangku, sayu pandangannya..Seolah-olah menagisi pemergianku.

'Ayah, Ada minta maaf banyak-banyak pada ayah..Selama Ada hidup, Ada jarang berbual dengan Ayah..Sedangkan ayah banyak berjasa untuk Ada..Ayah berkerja keras untuk tanggung 'study' Ada..Maafkan Ada sebab tak sempat membalas jasa-jasa ayah'

Ayah memandangku sayu, seakan-akan berat melepaskan aku kembali pada jasad di depannya.

Dan aku masih disini, seperti awan yang berkabus..Dan semakin lama, semakin kabusnya menghilang dan akhirnya aku kembali pada jasad kaku dihadapanku.

Aku kembali kepada jasad tak bernyawa itu, dan aku kembali..kembali kaku tidak bisa berkata-kata dan semua anggota ku kaku.

Di bawa ke liang lahad yang tersedia di depan mata.Dan....

*********************************************************************************

to be continued



Thursday, February 20, 2014

Permulaan Langkah Seorang Pendosa (PART 1)

Manakah mahu disalahkan jalan yang aku lalui mungkin berbeza dengan yang lain, malah mungkin bezanya saat kekuatan mengharungi jalan yang penuh dugaan.

Tidak pula aku meminta jalan yang dilalui lebar terbentang luas. Hanya diri sebagai seorang pendosa yang tidak betah dengan dosa yang dilakukan.

Kenangan sebagai sang pendosa kini aku cuba membuangnya ke Kutub Utara, berdoa agar Yang Maha Kuasa tidak mengembalikan ia pada pemiliknya.

Ku buka langkah yang baru, malah aku masih lagi mencuba. Tidak punyai kuasa yang melebihi Yang Hakiki, melihat ianya seakan-akan bertatih seperti seorang bayi.

Mungkin aku, kau lihat lebih memihak untuk bersendiri. Lebih memihak untuk memerhati akan semua aturan Illahi.

‘Kau jahat kerana kau mainkan perasaan dia’

‘Kau yang menyebabkan perpisahan ini’

‘Kau kejam kerana kau tidak berhati perut’

Irama yang dimainkan tidak lagi semerdu yang diimpikan, seakan-akan tersasar jauh kepada rentak rock sentimental.

Mengikut gerak gaya persis Sang Iblis yang sedang cuba menghasut anak Adam, bahkan makin dicuba-cuba tidak lagi berada di landasan Illahi.

Pergi jauh aura jahatmu Sang Iblis durjana, makin kau cuba meramaikan pengikutmu secara halus cara.

Ada yang berbisik, ada yang menyanyi, ada yang menjerit dan yang paling aku takuti ada yang diam-diam ubi berisi penuh muslihat.

Ya! Memang susah bertemu yang kekal, yang sentiasa ada melainkan Allah Yang Maha Esa. Allah Yang Maha Kekal.

Kini, aku melihat kembali dosa yang lalu seenak-enaknya bermain di layar mata, bahkan ia makin semakin rancak seolah-olah telah direkodkan.

Bohong jika aku katakan hati ini langsung tidak berdetik dan teringat akan yang lalu, malah ianya menjadikan aku seakan patung yang tidak bernyawa.

Kenapa harus dipertikaikan setiap saat tingkahlaku yang kau lihat? Apakah kamu tidak punyai kebahagiaan sendiri dan sibuk memikirkan sinetron-sinetron tidak berbayar?

*********************************************************************************
to be continued

Wednesday, February 19, 2014

Tika Kenangan Itu Menjengah

Jujur mengatakan peristiwa itu masih bermain-main di layar mata

Terlihat akan si dia, banyak meninggalkan tanda tanya

Terima kasih atas pertolongan yang telah dihulurkan
Tika diri ini lelah dengan tugasan

Meski dulu saat kita bersahabat semua indah terlihat
Kini kita sendiri yang menciptakan jurang yang terus terpahat

Langkah yang kita sama-sama bina tidak lagi seirama
Ibarat aku seruling dan kau rebana

Lihat seperti sama dari segi bentuk
Tapi berbeza dari alunan dan lentok

Redha dengan aturan Illahi
Kerana ianya menguatkan keimanan di dalam hati

Monday, February 10, 2014

Langkah Jiwa Muda

Dari hati kadang berkata , setiap yang berlaku mendatangi kita tiada tanpa sebab.

Dan kerana itu hati menjadi kuat dan kebal atas segala ujian yang terikat.

Bermula pada sekeping hati yang menginginkan kesempurnaan yang tidak mungkin ku perolehi di dunia ini, bahkan mungkin pada alam di atas sana.

Secebis kemahuan yang pada jiwa sang remaja yang berdarah muda

Pantang bertindak andai hadir insan ketiga

Kerana itu aku harus, harus dan harus berhati-hati membuka segenap perasaan ku ini

Andai langkah yang di bina rapuh di persimpangan jalan, gugur lah aku

Andai langkah yang di bina betah mengukir jalan, ada sinar yang menanti



Monday, February 3, 2014

Annual Dinnel JSTM

Alhamdulillah kami sempat adakan Annual Dinner utk Jabatan Sains dan Teknologi Maritim..Just untuk eratkan ukhuwah antara pelajar dan lecturer..Student Tahun 1 dan Tahun 2 je yang attend jamuan kali ni, (errr macam banyak kali je da buat..baru 1 st time sebenarnye)..sebab pelajat Tahun 3 sedang menjalani Latihan Industri..Lepas 1 paper yang aihhhhh malaih nak cakap plak (tetiba teringat 'dia' tu)..Okaylah paper yang sgt2 hardcore..Integrated Logistic System!! So kat dinner ni, ni hilangkan kekusutan, kita makan sampai puas! yeah!



Video montaj ni disediakan oleh Luqman Afiq..Wakil 2TMT2..So enjoy it!










cc: Boss (Capt Zul) 







cc: Syafiqah Lee..thanks for this snap!nice <3




Yeganraj : Saranghae! Bekeng (stop kejap) Teh (geleng kepala)


cc: Ain Fasihah (right) happy go lucky girl!


cc: Kin the lucky one! Dapat cabutan bertuah =)



cc: My 'Keharumanku'..Syazwanee my bestie! Adoi dia posing mcam orang nak nikah pulak.Skirt ala-ala princess =) Nice !




Saturday, February 1, 2014

Life As An Archer

Menjadi seorang archer start dari sekolah kat Pengkalan Chepa (Faris Petra)..Haha da macam nak buat biografi hidup lak..Dari sana join memanah peringkat HKSBP, training kat pusat sukan memanah kat Sekolah Menengah Dato' Mahir..And now kat UPNM pulak..Cuma satu je, sukan betul-betul dapat tolong kita..Sijil penyertaan tu mmg banyak kalau nak compile kan, sampai kan dari sukan memanah ukhuwah antara kami benar-benar terbina..Memang dah 'ngam' orang kata..





Okay gambar-gambar kat atas time Masum kat Pusat Memanah Keramat..Just can improve my score, I have try my best.. Coach amek main under Selangor.Just because UPNM ad terlebih archers compound..Hahaha..

















Okay yang kat atas ni pulak open sirkit kat UNISZA..oh myyyy haha my hometown, tapi tak dapat balik umah pon..kena shoot..tahan juga perasaan nak balik tuuu..Hebat naa, hai last game suma pakat mai umah makan tengahri kat sana..Okay jaaappppp muka memang da sunburn jadi kusam..sana hujan panas hujan panas..Ehhh bukan hujan panas ribut petir..tadah! Tadah! amboi ashkarnyeeeee! (mood palapes)

Next event, SUKIPT kat UITM Shah Alam..picture in making!






Friday, January 31, 2014

Danbo The Persian Cat

Introducing Danbo The Persian cat! The cutest ever!


Sangat-sangat suka tido atas katil..Haha pandai Danbo landing cari tempat selesa..Sedangkan duduk atas beg memanah HOYT pon boleh tertidur..=) He's already 3 months..Cara tidur betul-betul macam bayi :D



Bukan sebarang kucing kami bawak pi training sekali..Disebabkan nak secure dari standby bed, bawa Danbo sorok-sorok dalam beg dobi..Rajin meneroka bawah bow..Alahai kiyopta!





Abis part tu, ni nak habaq masa mula-mula amik Danbo dari Tuan dia..Muka excited sangat..tak tukaq jubah balik dari meeting BADAR..



Last part, Danbo tidoq tak ingat dunia..Hmm berangan lah kot dalam  tidoq..