Followers

Thursday, February 20, 2014

Permulaan Langkah Seorang Pendosa (PART 1)

Manakah mahu disalahkan jalan yang aku lalui mungkin berbeza dengan yang lain, malah mungkin bezanya saat kekuatan mengharungi jalan yang penuh dugaan.

Tidak pula aku meminta jalan yang dilalui lebar terbentang luas. Hanya diri sebagai seorang pendosa yang tidak betah dengan dosa yang dilakukan.

Kenangan sebagai sang pendosa kini aku cuba membuangnya ke Kutub Utara, berdoa agar Yang Maha Kuasa tidak mengembalikan ia pada pemiliknya.

Ku buka langkah yang baru, malah aku masih lagi mencuba. Tidak punyai kuasa yang melebihi Yang Hakiki, melihat ianya seakan-akan bertatih seperti seorang bayi.

Mungkin aku, kau lihat lebih memihak untuk bersendiri. Lebih memihak untuk memerhati akan semua aturan Illahi.

‘Kau jahat kerana kau mainkan perasaan dia’

‘Kau yang menyebabkan perpisahan ini’

‘Kau kejam kerana kau tidak berhati perut’

Irama yang dimainkan tidak lagi semerdu yang diimpikan, seakan-akan tersasar jauh kepada rentak rock sentimental.

Mengikut gerak gaya persis Sang Iblis yang sedang cuba menghasut anak Adam, bahkan makin dicuba-cuba tidak lagi berada di landasan Illahi.

Pergi jauh aura jahatmu Sang Iblis durjana, makin kau cuba meramaikan pengikutmu secara halus cara.

Ada yang berbisik, ada yang menyanyi, ada yang menjerit dan yang paling aku takuti ada yang diam-diam ubi berisi penuh muslihat.

Ya! Memang susah bertemu yang kekal, yang sentiasa ada melainkan Allah Yang Maha Esa. Allah Yang Maha Kekal.

Kini, aku melihat kembali dosa yang lalu seenak-enaknya bermain di layar mata, bahkan ia makin semakin rancak seolah-olah telah direkodkan.

Bohong jika aku katakan hati ini langsung tidak berdetik dan teringat akan yang lalu, malah ianya menjadikan aku seakan patung yang tidak bernyawa.

Kenapa harus dipertikaikan setiap saat tingkahlaku yang kau lihat? Apakah kamu tidak punyai kebahagiaan sendiri dan sibuk memikirkan sinetron-sinetron tidak berbayar?

*********************************************************************************
to be continued

No comments:

Post a Comment