Followers

Saturday, November 30, 2013

Diam Itu Lebih Mudah Dari Berkata-kata

"Kau dengan sape?" 
"Aku?" " Aku dengan tuuut...hari-hari kami ber'im'.."
"Kau pulak dengan sape?" 
"Aku dengan Si Polan tu..dia kan satu kelas dengan aku..in sha allah suatu hari nanti kami akan jadi satu usrah"

"Pergh..asyik kita berdua je beria-ia..Ko pulak ape cerita?"
"Eh lupa pulak..ko kan ada 'ramai'..#diiringi gelak tawa
Aku : hanya senyum dan tidak berkata apa-apa

Kadang-kadang sudah banyak kali aku mencuba, pekak kan telinga..tetapi apa yang membuatkan aku menjadi KUAT..Allah!!!

Kerana aku yakin Allah punya sebab atas apa yang DIA rencanakan!

Kenapa??

Kerana aku yakin DUGAAN yang ENGKAU berikan kerana sayang kan hambaMU


(errr abaikan..mood MARITIMERS tetiba mai :D)

"Ramai" yang datang bukan aku yang pinta..
"Ramai" yang mendekati bukan aku tagihkan..
"Ramai" yang mengintai bukan aku tawarkan..

Manusia mudah sangat menduga..malah atas dasar keramahan, ia dianggap satu kecuaian..

"Tu lah ko, aku da pesan dulu..jangan baik sangat"
"Kan da kena, tak makan saman lah"
"Padan muka ko!"

Dan bukan aku yang mengerakkan bibir-bibir mereka, bukan aku yang mengerakkan hati-hati mereka dan bukan aku...

Bukan aku yang minta dibicarakan seperti itu..

Hati ibarat kaca yang harus di bela dengan cermat..

Jika cuai menjaganya, maka pecahlah kaca tersebut..
Jika cermat menjaganya, maka terbelalah kekilauan nya..

Hati bukan untuk dicuba-cuba, bila terpaut tiada jalan kembali..Biarkan ia terpaut pada yang HALAL


#semoga Allah redha dengan apa yang kita lakukan Allahumma amin


Friday, November 15, 2013

Ukhuwah Islamiyah

Persahabatan kerana Islam itu boleh ditakrifkan luas konsepnya..malah jika kita kupas sehingga esok tidak akan habis inti patinya..Hakikat nikmat Allah itu merangkumi 4 aspek iaitu nikmat Allah, umpama tali tasbih yang diikat dengan taqwa, kehendak rabbani dan cermin kekuatan iman..


1) Surah Al-Imran (3:103)
'Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai,dan ingatlah akan nikmat Allah ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan maka Allah mempersatukan hati lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah,orang-orang yang bersaudara dan kamu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripadnya.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNYA kepadamu,agar kamu mendapat petunjuk'

2) Surah Az-Zukhruf (43:67)
'Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa'

3) Surah Al-Anfal (8:63)
'Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman).Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana'

4) Surah Al-Hujurat (49:10)
'Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat'

(info:SRD)